Titian Siratulmustaqim Di Akhirat wajib baca!!

Image result for titian sirat

Mengenai siratulmustaqim saya kekalkan teks asal penulisnya dengan sedikit sahaja editan yang saya lakuan.

Saya menonton kuliah yang lepas-lepas sekitar tahun 2011-2012 kuliah tersebut di youtube yang mana kuliah tersebut disampaikan oleh Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz bertajuk "Titian Sirat al-Mustaqim" iaitu kuliah yang menerangkan mengenai dimanakah letaknya siratulmustaqim.

Saya juga memikirkan siratulmustaqim itu letaknya dimana,sememangya kita sedia mengetahui sebelum ini,titian siratulmustaqim itu adalah dibawahnya neraka,maka saya ingin memperdalamkan galian ilmu mengenai siratulmustaqim,selain itu juga satu lagi kuliah yang disampaikan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato Dr. Harun Din yang bertajuk "Titian Siratyang menyenaraikan perkara penting seperti Sesungguhnya pemeriksaan amalan di Padang Mahsyar belum lagi sempurna sehingga seseorang itu diperiksa atau ditanya mengenai nikmat dan amalannya di tempat pemeriksaan sewaktu melalui Siratul Mustaqim atau Titian Sirat.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam) (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu." (Surah Maryam ayat 71)

Imam Al-Nawawi di dalam kitab Syarah-Muslim menulis, ulama besar menetapkan bahawa sirat itu ialah satu titian di atas permukaan api Neraka Jahanam di mana semua manusia akan meniti.

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda tentang As-Sirat: "...dan padanya (As-Sirat) ada cangkuk atau pengait yang berduri seperti duri As-Sa'daan melainkan tidak mengetahui kadar besarnya melainkan Allah; mengait manusia mengikut amalan mereka" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa "Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t".


Dari yang mana isi kandungan ini juga berasal daripada kuliah tersebut.Dan saya mendapatkan sesuatu yang baru selain kefahaman mengenai titian siratulmustaqim dan melahirkan kefahaman isi-isi ayat Quran dengan lebih baik lagi.

Selain membaca kitab yang bertajuk "Terpelanting Dari Siratulmustaqim" sebuah huraian mengenai akhirat yang mengandungi hari hisab,serta rahsia selamat melepasi siratulmustaqim tulisan Suyadi,saya turut menonton ceramah-ceramah berasingan agar luasnya perkongsian ilmu mengenai akhirat dapat menambahkan lagi kefahaman mengenai siratulmustaqim,walaupun penyampaianya sedikit berbeza antara satu sama lain,namun tidak jauh dari apa yang saya kumpul dan himpunkan disini.inn syaAllah.

Titian siratulmustaqim digambarkan sebagai jambatan yang menyeberangi lautan api neraka.Jambatan itu diceritakan halus dari rambut dan tajam daripada pedang.

Beliau menegaskan bahawa tidak ada satu pun ayat Quran yang menceritakan tentang titian itu.Hanya hadist yang diriwayatkan oleh Abu Said dan Abu Hurairah:

Abi Said Al-Khudriy r.a berkata: “Telah sampai kepadaku bahawa ianya (As-Sirat) lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang”.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أنه قَالَ : ((.... وَيُضْرِبُ جِسْرُ جهنم )) ؛  قَالَ صلى الله عليه وسلم : ((فَاَكُونَ أَنَا وَأُمَّتِيْ أَوَّلَ مَنْ يجيز ؛ ودعاء الرسل يومئذ : اللهم سلم وسلم ؛ وبه كلاليب .... لا يعلم قدر عظامها إلا الله ؛ فتخطف الناس بأعمالهم : ممنهم الموبق بعمله ومنهم المخردل ؛ ثم ينجو....)).  ( البخاري ومسلم 

Yang bermaksud : Dari Abu Hurairah, moga Allah merahmatinya, dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda: ((…. Dan diletakkan titian neraka jahannam; baginda s.a.w bersabda lagi : “ Maka aku serta umatkulah yang mula-mula melaluinya,sedang Rasul-rasul pada hari itu masing-masing berdoa dengan berkata : “Ya Tuhanku!Selamatkanlah!Selamatkanlah!” dan pada titian itu ada beberapa pengait..yang Allah jua mengetahui besarnya ; pengait-pengait itu dengan cepatnya menarik manusia dengan sebab amal-amal jahat mereka, di anataranya orang yang binasa disebabkan amalnya, dan ada pula orang yang dihalang-halang dan diputus-putuskan perjalanannya;akhirnya ia terselamat juga….”. (Bukhari dan Muslim)

Jika dilihat pada hadis ini pada ayat ويضرب جسر جهنم....)))) terdapat kesalahan pada buku ini kerana tidak membawa keseluruhan hadist,malah hanya meletakkan titik.Beliau mengatakan titik-titik itu menunjukkan terdapat ayat-ayat lagi sebelum ayat tersebut. “dharaba” lazimnya membawa maksud pukul, tetapi dalam hadist ini pula membawa maksud diletakkan.Jadi tidak jelas makna “dharaba” di sini.

Hadist yang awal dapt saya bawakan adalah seperti ini (sebagaimana yang dinyatakan didalam kuliah "Titian Sirat al-Mustaqim),

Hadits Abu Hurairah yang berbunyi, “Orang-orang bertanya kepada Rasulullah saw., ‘Wahai Rasulallah, apakah kita boleh melihat Tuhan kita pada hari kiamat?’ Rasulullah saw. menjawab, ‘Kalau kamu melihat rembulan di malam purnama, apakah memudharatkanmu?’ Mereka menjawab, ‘Tidak wahai Rasulallah.’ Rasulullah pun bersabda, ‘Kalau melihat matahari secara langsung, tanpa ada awan, apakah memudharatkanmu?’ Mereka menjawab, ‘Tidak wahai Rasulallah.’ Rasulullah bersabda, ‘Engkau akan melihat Allah demikian juga.’” (HR Bukhari dan Muslim)

Hadits ini sangat panjang, demikian juga hadits Abu Sa’id al-Khudri dalam Shahih Bukhari dan Muslim.Saya lanjutkan mengenai hadist yang berkaitan tentangnya seperti hadist dibawah;

Ada juga hadits lain dari Jarir bin Abdillah al-Bajali. Ia berkata, “Kami duduk-duduk bersama Rasulullah saw. lalu kami melihat rembulan tanggal 14. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya kalian akan melihat Tuhan kalian dengan mata kalian, sebagaimana kalian melihat ini, tidak menyilaukan kerana melihat-Nya.’”

Saya ingin sertakan sedikit mengenai huraian tentangnya didalam "Memandang Wajah Allah, Kenikmatan Tertinggi di Akhirat" yang mana menghuraikan tentang melihat wajah Allah dengan lebih terperinci lagi seperti dinyatakan dibawah,

Dalam ayat ini Allah Ta’ala hanya menafikan al-idraak yang bererti al-ihaathah (meliputi/melihat secara keseluruhan), sedangkan melihat tidak sama dengan meliputi, bukankan manusia bisa melihat matahari di siang hari tapi dia tidak bisa meliputinya secara keseluruhan?[1]

Hadist diatas,perbincanganya cukup panjang,hampir-hampir saya tidak mahu masukanya disini.

Terdapat banyak contoh dari ayat Quran yang menunjukkan “dharaba” membawa maksud “membuat perumpamaan”.

وَاضرب لهم مثلا أصحاب القرية إذ جاءها المرسلون         

Maksudnya : Dan buatlah suatu perumpamaan bagi mereka,iaitu penduduk suatu negeri, ketika utusan-utusan datang kepada mereka. (Surah Yasin,36: 13)

كذلك يضرب الله الحق والباطل

Maksudnya: Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yang benar dan yang batil. (Surah ar-Ra’d,13: 17)

Kesimpulannya,hadist itu seolah-olah mengumpamakan meniti atas jambatan api neraka dan bukanlah titian yang benar-benar wujud merentasi api neraka.

Rajah di atas menunjukkan gambaran kedudukan neraka,syurga,tembok besar,mahkamah dan padang mahsyar berdasarkan dari ayat-ayat Quran berikut[2] ;

Kedudukan dan gambaran syurga berada di sebelah kanan :



“dan golongan kanan,alangkah mulianya golongan kanan itu.Mereka berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,dan pohon pisang yang bersusun-susun buahnya,dan naungan yang terbentang luas,dan air yang mengalir terus-menerus,dan buah-buahan yang banyak,yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya,dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk.Kami menciptakan bidadari2 itu secara langsung,lalu kami jadikan mereka perawan-perawan,yang penuh cinta dan sebaya umurnya,segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,dan segolongan besar pula dari orang yang kemudian.” (Surah al-Waqiah,56: 27-40)

Kedudukan dan gambaran neraka di sebelah kiri:



“ dan golongan kiri,alangkah sengsaranya golongan kiri itu.Mereka dalam seksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih,dan naungan asap yang hitam,tidak sejuk dan tidak menyenangkan.Sesungguhnya mereka sebelum itu bermewah-mewah,dan mereka terus mengerjakan dosa yang besar,dan mereka berkata, “Apabila kami sudah mati,menjadi tanah dan tulang-belulang,apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali?Apakah nenek moyang kami yang terdahulu dibangkitkan pula?” Katakanlah,”Ya, sesungguhnya orang0orang yang terdahulu dan yang kemudian,pasti semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu,pada hari yang sudah dimaklumi.Kemudian sesungguhnya  kamu,wahai orang2 yang sesat lagi mendustakan!pasti akan memohon pohon zaqqum,maka akan penuh perutmu dengannya.Setelah itu kamu akan minum air yang sangat panas.Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum.Itulah hidangan mereka pada hari pembalasan.” (Surah al-Waqiah,56:40-56)

Kedudukan tabir/tembok besar antara syurga dan neraka:



“ dan diantara keduanya(penghuni syurga dan neraka) ada tabir dan di atas al-a’raf(tempat yang tertinggi) ada orang saling mengenal,masing-masing dengan tanda-tandanya.Meraka menyeru penghuni syurga, “ Salamun alaikum” (salam sejahtera bagimu).Mereka belum dapat masuk,tetapi mereka ingin segera (masuk).Dan apabila pandangan mereka dialihkan kearah penghuni neraka,mereka berkata, “ Ya Tuhan kami,janganlah Engkau Tempatkan kami bersama-sama orang yang zalim itu.” 
(Surah al-A’raf,7: 46-47)

Gambaran  Mahsyar



Dari sebuah hadis : “Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat diatas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yg baru dibakar,bumi yang suci bersih,tidak ada padanya gunung ganang atau bukit bakau dan tidak ada pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan  bahwa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.” (Bukhari dan Muslim).

Ingat,mahsyar bukanlah padang tetapi kawasan tanah yang putih kemerah-merahan.

Ingat,jalan(sirat) itu banyak.

Firman Tuhan pada ayat 86,Surah Maryam,ayat 102,surah Taha,ayat 97 surah al-Isra’, menyatakan ada 3 cara manusia ke mahsyar:

  •  Orang-orang yang pergi dengan berkenderaan. ( orang-orang yang bertaqwa)


  • Orang-orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing sebak dengan kedukaan. (Orang-orang yang mati dalam keadaan berdosa).


  • Orang-orang yang berjalan dengan mukanya sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang menyukakannya,lidahnya tidak dapat menuturkan hajat-hajat hujah-hujah atau alasan yg boleh diterima darapadanya, dan telinganya tidak dapat mendengar perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. (Orang-orang pada masa hidup didunia tidak berusaha menggunakan matanya,lidahnya,telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.


Tiga kumpulan di Mahsyar:

Sila rujuk :Surah al-Waqiah: ayat 7-14


  • : Orang kafir tanpa hisab, tiada mahkamah.

 Orang-orang kafir diiring ke neraka Jahannam secara berombongan.Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, “Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat TuhanMu dan mempergingatkan kepadamu akan pertemuan dengan harimu ini?Mereka menjawab,”Benar,ada.” tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir.Dikatakan (kepada mereka),  “Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu,kamu kekal di dalamnya.” Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang yang menyombongkan diri. (Surah az-Zumar,39:71-72)

Jadi,jelas di sini  orang kafir masuk neraka ikut pintu bukan jambatan.

  •   : Golongan Orang-orang yang bertaqwa( nabi-nabi,rasul-rasul,para shuhada,siddiqin,orang2 yang soleh) Dibawa terus ke syurga tiada hisab,tiada mahkamah untuk mereka.


Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya dihantar ke dalam syurga secara berombongan.
Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (syurga) dan pintu-pintunya telah dibukakan,penjaga-penjaganya berkata kepada mereka,”Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu,berbahagialah kamu!Maka masuklah,kamu kekal didalamnya.” (Surah az-Zumar,39: 73)

(Surah ad-Dukhan,44: 54)
“demikianlah,kemudian Kami berikan kepada pasangan bidadari yang bermata indah.”
حور عين  ( ialah makhluk dari jenis malaikat yang Allah ciptakan sebagai pelayan syurga,bukan lelaki bukan perempuan”.Tiada jantina.

Surah an-Najm,53: 27)
“ Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat,sungguh mereka menamakan para malaikat dengan nama perempuan.”

Jadi,rakan-rakan ingat bidadari itu bukanlah perempuan ataupun lelaki.Tiada jantina!!

  • : Umat Muhammad s.a.w ( ada hisab,ada mahkamah)


Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di akhirat:

Berdasarkan hadist Rasulullah s.a.w seperti berikut;

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: (1) Imam yang adil, (2) seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allâh, (3) seorang yang hatinya bergantung ke masjid, (4) dua orang yang saling mencintai di jalan Allâh, keduanya berkumpul karena-Nya dan berpisah karena-Nya, (5) seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allâh.’ Dan (6) seseorang yang bershadaqah dengan satu shadaqah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan tangan kanannya, serta (7) seseorang yang berdzikir kepada Allâh dalam keadaan sepi lalu ia meneteskan air matanya.”[3]

  • Pemimpin yang adil.
  •  Remaja yang dididik dalam suasana beribadat kepada Allah s.w.t
  • Orang yang hati terpikat kepada masjid,apabila dia keluar daripadanya dan dia bercita-cita untuk datang semula kepadanya.
  •  Dua orang yang bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah.Berkasih saying kerana Allah. Contoh : Puak Ansar dan Muhajirin.
  • Orang yang apabila ia mengingati Allah (takutkan Allah) maka mengalir air matanya.
  • Orang lelaki yang apabila diajak oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang cantik menawan untuk melakukan maksiat dan kejahatan lalu ia berkata “Saya takutkan Allah,Tuhan sekalian alam.”
  • Orang yang apabila dia sedekah atau derma lalu rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apakah yang dihulurkan oleh tangan kanannya.

SYARAH HADITS

Penyebutan jumlah “tujuh” di dalam hadits ini tidaklah merupakan pembatas, sehingga tidak dapat diertikan bahawa golongan yang akan dinaungi Allâh Ta’ala pada hari Kiamat hanya terbatas pada tujuh golongan ini saja. Menurut Ulama ahli ushul, istilah ini disebut dengan mafhûmul ‘adad ghairu murad, yaitu mafhum dari ‘adad (bilangan) itu tidak dimaksudkan. Sehingga apabila disebutkan tujuh, bukan bererti hanya tujuh ini saja.

Kedudukan hadits ini sangat penting agar kaum Muslimin dapat melaksanakan amalan-amalan yang terkandung di dalamnya, sehingga kita dapat memperoleh perlindungan dan naungan Allâh Azza wa Jalla pada hari Kiamat.

wallahualam.

Hanya setakat itu sahajalah yang dapat saya tuliskan tentang siratulmustaqim yang mana boleh kita jadikan sebagai keinginan untuk mengetahui mengenai akhirat dalam bentuk persoalan (keinginan untuk mengetahui alam akhirat yang bakal kita tujui) yang mana boleh kita kaji dan perbincangan tentangnya sebagaimana sahabat Rasulullah s.a.w bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai akhirat dan sebagainya,maka kita pun tentulah ada rasa ingin tahu,cuma bezanya dizaman sahabat boleh bertanya langusng kepada baginda s.a.w,maka dimasa kita hanyalah sumber dalil-dalil yang ada yang sememangnya perlukan ulasan ahlinya.

Rujukan;
http://dayanatikah.blogspot.my/2011/02/titian-siratulmustaqimdimankah-letaknya.html
https://almanhaj.or.id/4203-tujuh-golongan-yang-dinaungi-allah-azza-wa-jalla-pada-hari-kiamat.html

Foto Kredit;http://kinerjaaktif.com/

Nota;
[1]Huraian Penuh Memandang Wajah Allah, Kenikmatan Tertinggi di Akhirat dilaman ini http://muslim.or.id/2343-memandang-wajah-allah-kenikmatan-tertinggi-di-akhirat.html

[2]Mengenai foto/rajah yang dinyatakan seperti ayat diatas,foto atau rajah tersebut tidak dapat saya lampiran/masukan foto yang dimaksudkan disini,malahan ketika menonton di video kuliah tersebut tidaklah saya dapat temukan.Namun saya tetap mengekalkan isinya sebagai menandakan pada kuliah asal,gambaran yang diertikan sebagai rajah itu ada di dalam kuliah asal tersebut,yang mana pembaca mungkin boleh mencarinya diluar sana.Allahualam.

[3]TAKHRIJ HADITS.
Hadits ini shahih, diriwayatkan oleh:
1. Al-Bukhari (no. 660, 1423, 6479, 6806),
2. Muslim (no. 1031 (91)),
3. Malik dalam al-Muwaththa’ di Kitâbusy Syi’ar bab Mâ Jâ-a fil Muttabi’iin fillâh (hlm. 725-726, no. 14),
4. Ahmad (II/439),
5. At-Tirmidzi (no. 2391),
6. An-Nasa-i (VIII/222-223),
7. Ibnu Khuzaimah (no. 358),
8. Ath-Thahawi dalam Musykilul Âtsâr (no. 5846, 5847), dan
9. Al-Baihaqi dalam Sunannya (IV/190, VIII/162).
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment