(6GAMBAR SAYU : RATAPAN IBU PELUK ANAK 9 TAHUN MAUT LEMAS .. ARWAH BERPAUT DI AKAR POKOK SEBELUM DITELAN ARUS DERAS

Tanah Merah: Tragedi dimusim cuti sekolah, kegembiraan empat rakan bermain di tebing sungai dekat Kampung Manal, di sini, hari ini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya lemas.
Paling tragis ibu mangsa memeluk dengan penuh hiba meratapi kematian anak lelaki nya,mayat Mohd Alif Riduan Ahmad, 9, ditemui pasukan penyelamat pada 4 petang, iaitu satu kilometer dari tempat dia dilapor jatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohd berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.20 petang.




"Seramai enam anggota dikerah ke lokasi dan mencari mangsa sekitar kawasan dia dilapor jatuh.
"Sebelum itu, kanak-kanak itu bersama tiga rakannya dilapor bermain di tebing sungai itu dan tergelincir kira-kira 12 tengah hari.
"Rakannya memberitahu mangsa sempat berpaut pada akar pokok sebelum dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi turut dibantu orang kampung dan mayat mangsa ditemui dalam jarak satu kilometer dari tempat jatuh.
Mayat dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum diserahkan kepada keluarga.

Sumber Asal : ceritagempakkomuniti
Share on Google Plus

About bravo beta

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment