(5GAMBAR) SAYU : FOTO SELFIE TERAKHIR PEMAIN BOLASEPAK BRAZIL DALAM PESAWAT SEBELUM TERHEMPAS 76 MAUT

BOGOTA: Angka kematian akibat nahas pesawat di Colombia membawa pasukan bola sepak Brazil meningkat kepada 76 orang hari ini, ketika pihak berkuasa berkata, hanya lima orang terselamat dalam kemalangan itu.

"Kami berupaya menyelamatkan enam mangsa hidup-hidup namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," kata Jose Gerardo Acevedo, seorang komander polis kepada media. 



Pesawat sewa khas LAMIA terhempas lewat Isnin di kawasan pergunungan berhampiran bandar Medellin bersama 81 orang penumpang di dalamnya termasuk pemain kelab Chapocoense Real, pasukan bola sepak Brazil yang dijangka bermain esok dalam perlawanan akhir Copa Sudamericana. 

Kerajaan Brazil mengisytiharkan tiga hari berkabung susulan insiden pesawat penumpang terhempas di Colombia, mengorbankan 76 orang termasuk pemain Kelab Chapecoense Brazil. Presiden Michel Temer mengarahkan tempoh berkabung itu. 

Pada masa sama pihak berkuasa Colombia berkata, enam daripada penumpang terselamat ketika pesawat sewa khas, dari Sao Paulo Brazil terhempas dekat Medellin. 


Pasukan penyelamat membawa keluar enam mangsa hidup-hidup daripada lokasi nahas, namun seorang daripadanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - AFP

Sumber : ceritagempakkomuniti
Share on Google Plus

About bravo beta

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment