Cium dahi selepas akad nikah di masjid atau dikhalayak ramai..Macam satu dari agenda akad nikah.
Boleh atau tidak?
Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi, nabi tak pernah buat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika dalam rumah dan terlihat oleh sahabat, itu cerita dalam rumah. Cerita bercium lepas akad ni ada pengaruh kristian. Pengaruh ini ditiru oleh artis maka mereka yang bersunnahkan artis ,terus menirunya macam banyak hal lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dll.
Jika sekedar bersalam,tunduk mencium tangan itu,biasalah. Jika akad dalam masjid, lagilah kena dijaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana dikhalayak dan dirumah Allah. Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri dirumah Allah. Dalam hubungan suami isteti ada perkara kena disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegang tangan, bersalaman itu cukuplah, yang lain tak payah nak tunjuk kat orang.
Ada juga yang kata tok imam tak larang pun. Ada imam yang berfikir tak mahu rosakkan majlis orang, tak mahu jatuhkan maruah orang nak tegur dikhalayak ramai. Tapi dia membenci dalam hati. Nak kahwin,kahwinlah,tak payah nak menunjuk,nak berlebih dari apa yang nabi buat. Kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang. Seronok tak menentu hingga kerobek dalam perut isteri tunjuk seluruh dunia, kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat memdedah rahsia Allah yang disembunyi dalam perut dan belum dilahirkan. Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibubapanya keterlaluan seronok, kerana Allah Maha Kuasa Menentu apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam petut hanya untuk alasan perubatan.
Seperkara lagi, jika akad di masjid,pengantin mesti berpakaian yang sesuai dengan masjid, bukan pakaian pengantin yang macam duyung, lepas tu solat berimam pula dengan pakaian itu. Menampakkan susuk tubuh itu juga aurat walau tertutup, sebab itu orang guna telekung untuk menghilang susuk tubuh di masjid. Bahkan sepatutnya diluar masjid pun sedemikian. Lepas akad nikah, bawa juruphoto pi ambik gambar dalam hutan, dalam bendang,dalam kebun,pamer seluruh dunia, peluk sana sini berbagai gaya,buat muka manja,untuk apa? Nak tunjuk pada dunia, pada kawan,fikir banyak kali, adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa. Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggah dengan Islam.
Perkara pergaulan suami isteri diluar rumah dan dikhalayak patut dibataskan dengan rasa malu, jangan seronok tak menentu, nak tayang bini puteh gebu. Naik motor berpeluk tu ok, kerana takut jatuh, tapi ambik gambar dok peluk sana sini dan tunjuk seluruh dunia tu buat dosa saja. Lebih teruk gambar bini yang kelabu hitam, orang kg saya kata sam-sam diedit bagi puteh pang, putih seputihnya, itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk. Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia utk suami, suami yang mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman. Ingatlah,perkahwinan adalah gerbang hidup, jika ia dicemar dengan dosa, seluruh hidup terheret sama. Berkahwin memang seronok, jagalah batas agama.
0 comments:
Post a Comment