Guna Putik Kapas, Cara Salah Bersihkan Telinga...ambil tahu!!!

Cara ini sudah amalan kita sejak kecil tapi hakikatnya membersihkan telinga menggunakan kapas adalah salah. Penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Jika bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun mereka tidak menyarankan telinga dibersihkan dengan menggunakan cara itu. Tapi masalahnya  itulah yang kita lakukan dan diajar pula pada anak.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Kenapa Tak Boleh Mengorek Telinga Dengan Putik Kapas? 
did-you-know-these-health-habits-could-kill-you-2062099598-jun-10-2013-1-600x450
Lilin telinga atau yang kita panggil tahi telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.
shutterstock_155634788
Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam.
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga.
Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang.
Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.
Hujung Kapas Terlucut
Perfect-grooming-exercise-1
Ada juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan sendiri oleh pesakit kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.
Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.
Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.
Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.
Kesimpulannya jangan gunakan putik kapas, biarkan telinga melakukan fungsinya sendiri. Tubuh kita telah diciptakan dengan keadaan yang cukup baik dan serba lengkap.
Share on Google Plus

About bravo beta

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment