Inilah 16 Nama Syaitan Dan
Tugasnya Yang Perlu Kita Tahu | Berikut adalah 16 nama syaitan serta tugasnya
untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam:
1. Zalitun –
Tugasnya menyuruh manusia gemar boros brbelnja tanpa had dan fikiran hanya
ingat pada makanan dan minuman.
2. Watin –
Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musiba agar bersangka buruk kepada
Allah.
3. A’awar –
Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan,
membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias
perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelki
yang dilihat menarik.
4. Hafaf –
Tugasnya mengajak manusia berbuat maksit, suka minum khamar dan berfoya-foya.
5. Murrah –
Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula
para pengikut mereka. Juga menganggu ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar
membaziri, yakin menggunakan banyak air untuk berwuduk.
6. Masud –
Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, memfitnah dan adu domba,
suka berdendam sesama manusia.
7. Dasim –
Tugasnya memecahkan suami agar isteri suka bergadu dan akhirnya membuat
penyelasaian dengan cara bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya
dan kepada merah yang membawah dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik
sehinggah mudah bertengkar dan bermasam muka.
8. Walahan –
Tugasnya menimbulkan rasa was-was dalam beribadat, khasnya ketika seseorang itu
mengambil wuduk.
9. Lakhus -Tugasnya
mengajak manusia agar menyembah selain daripada Allah.
10. Sabrum –
Tugasnya mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang
diterima.
11. Miswat/Maswat –
Tugasnya mempercepatkan manusia untuk membuat maksiat dan suka kepada setiap
perkara maksiat, disamping melengah-lengahkan berbuat aal soleh. Ia gemar
membawa berita dusta dan gosip liar.
12. Zaktabur/Zaknabur/Zalanbur –
Tugasnya menimbulakn raja ujub an taksub dengan segala kelebihan yang ada pada
dirinya.
13. Khinzab –
Tugasnya menganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan
membuatkan menusia berasa was-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan
sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.
14. Laqnis –
Tugasnya mengnggu orang yang bersuci dan berwuduk sehinggah jadi ragu dan tidak
sempurna.
15. Abyadh –
Syaitan yang paling bert godaannya, paling buruk sikaapnya kerna tugasnya ialah
menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.
16. Khannas –
Syaitan yang menimbulkan was-was hati terhadap adanya Allah, Adanya
perkara-perkara sam’iyat dan melahirkan hati manusia daripada menghianati Allah
sepanjang masa.
Sumber: infokini.my
MENGHINDARI
TIPU DAYA SYAITAN
Boleh
ustaz jelaskan cara dan kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan
manusia?
Jawapan:
Syaitan
menggunakan pelbagai cara dan kaedah untuk menyesatkan manusia. Allah s.w.t.
telah menjelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, aku
akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan
memperdaya mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan
menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah
telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka
mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan
menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah
ia dengan kerugian yang terang nyata. “Syaitan sentiasa menjanjikan mereka
(dengan janji-janji indah) serta memperdaya mereka dengan angan-angan kosong;
dan apa-apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya
semata-mata.” (Surah al-Nisa’ 4:
119-120)
Justeru,
pertama sekali syaitan akan cuba menyesatkan manusia dengan mengajak ke arah
kekufuran dan syirik kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana syirik
merupakan kebinasaan dan kezaliman yang paling besar. Bahkan sesiapa yang mati
dalam keadaan syirik, maka ia tidak akan mendapat pengampunan Allah, sebaliknya
akan dihumbankan ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Syaitan sudah tentu
gembira sekiranya manusia dapat mengikut jejak langkahnya ke neraka.
Dosa
Kecil Dosa Besar
Bagaimana
sekiranya syaitan tidak berjaya menjatuhkan manusia kepada dosa syirik?
Jawapan:
Sekiranya
usaha syaitan untuk mensyirikkan manusia tidak berjaya, ia akan menghasut
manusia dengan perkara yang lebih ringan sedikit berbanding syirik iaitu dosa
besar. Syaitan akan berpuas hati apabila manusia ingkar kepada arahan Allah dan
melakukan dosa-dosa besar yang dilarang oleh Allah. Sekiranya seseorang itu
masih kental imannya dan tidak mudah tergoda dengan godaan dan hasutan syaitan
untuk melakukan dosa besar, maka syaitan akan berusaha menghasut supaya
melakukan dosa kecil dan terus berusaha memperdaya agar dapat berkekalan dalam
melakukannya. Hal ini kerana berkekalan dalam melakukan dosa kecil akan
menatijahkannya kepada dosa besar.
Bagaimana
sekiranya usaha syaitan untuk menjatuhkan manusia kepada dosa besar atau
berterusan melakukan dosa kecil tetap tidak berjaya?
Jawapan:
Sekiranya
syaitan masih tidak berjaya, maka ia akan cuba memporak-perandakan kehidupan
manusia dengan menimbulkan pergaduhan, kebencian dan permusuhan mereka. Selain
itu, syaitan dengan segala tipu dayanya juga kadangkala memperdaya manusia
dengan kaedah yang kononnya mengajak manusia menjadi orang yang “baik”. Apabila
sampai satu ketika, ia akan cuba menyelewengkan manusia daripada jalan
kebenaran.
Dalam
sebuah hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan datang syaitan
kepada kamu, lalu bertanya: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’
Lalu manusia menjawab: ‘Allah yang mencipta.’ Lalu syaitan bertanya lagi:
‘Allah yang menciptakan segala makhluk. Namun siapa pula yang mencipta Allah?’
Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): ‘Apabila didapati sedemikian, hendaklah
seseorang itu berkata: ‘Aku beriman kepada Allah.’” (Riwayat Muslim)
Dalam
riwayat yang lain, Nabi s.a.w. menyatakan apabila syaitan mempersoalkan tentang
pencipta Tuhanmu, maka hendaklah seseorang itu berlindung dengan Allah
(daripada tipu daya syaitan itu) dan berhenti berfikir tentang perkara itu.
Hadis ini memberikan suatu pengajaran yang amat bermakna kepada orang Muslim.
Kita perlu mengetahui segala helah dan tipu daya yang dilakukan oleh syaitan
untuk menyesatkan manusia. Tipu daya mereka boleh datang dalam bentuk kebaikan
seperti mengingatkan manusia kepada Allah, namun pada masa yang sama ia
menyuntik rasa was-was dalam hati manusia agar mempersoalkan keesaan Allah
s.w.t.
0 comments:
Post a Comment