INFO SIHAT Petua nak hilangkan sakit mata tanpa ubat...MOHON SHARE SEMOGA BERMAFAAT!!!

Bismillah

Sebelum tidur semalam, mata dah mula rasa gatal-gatal. Aku ingatkan takde apa2 Bangun pagi tadi sebelah mata dah mula merah dan sedikit bengkak. Gatal merenyam je rasanya. Tambah pulak dengan tahi mata. Aduh selekeh betul rasanya. Dengan sapa lah pulak terjangkit ni. Memang semalam aku ada keluar ke IOI mall. Aku ni memang pantang betul kalau dekat dengan orang yang tengah sakit mata....senang betul terjangkit.


Pergi klinik, memang sah sakit mata, Doktor bagi ubat titis, antibiotik, ubat alergi, ubat tahan gatal. Banyak lah pulak. Disebabkan sakit mata ni mudah nak jangkit, doktor tu bagi aku sehari MC. Harap sehari esok, kuranglah infection pada mata aku ni. Tapi dia siap pesan, aku tak boleh breastfeed Aleena. Kalau nak breastfeed jarakkan 6 jam selepas makan ubat. Adoi....memang stok susu ada, tapi Aleena kalau dah nampak aku memang dia tak nak botol. Pastu style menangis dia memang meruntuk jiwa mak-mak macam aku ni.

Balik je dari klinik, aku check ubat2 yang doktor bagi ni. Rupanya antibiotik yang aku dapat ni iaitu ciprofloxacin boleh harm baby sebab dia boleh pass into breastmilk. Fikir berkali2 juga aku ni. Part may harm baby tu yang tak best. Jadinya jom google petua-petua yang boleh hilangkan sakit mata tanpa ubat.

1. Guna madu lebah. Caranya: cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari.

2. Rendam mata dalam air garam. Caranya: Buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.

3. Guna daun sirih. Caranya: Basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Keudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik/ Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.

4. Titiskan susu ibu ke dalam mata.

5. Guna tuala basah. Caranya: Guna tuala yang dibasahkan dengan air sejuk dan tekapkan pada mata. Air sejuk boleh mengurangkan bengkak dan memberi keselesaan pada mata.

6. Kurangkan mengadap laptop, handphone, tv. Guna teknik 20-20 iaitu 20 minit tengok monitor dan 20 minit rehat.

7. Cuba amalkan doakan di bawah setelah usaha-usaha di atas dilakukan.

Apa2 pun caranya, aku berdoa cepatlah sembuh sakit mata ni. Tak mau lah terjangkit kat cik suami dan anak-anak. Ubat klinik pun aku dah dapat. Nak atau tak nak je. Kalau tak sebabkan menyusu Aleena memang aku dah telan ubat2 tu.
Share on Google Plus

About bravo beta

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment