Cerita sebenar Video viral dua wanita dicukur botak kerana mencuri



Cerita sebenar Video viral dua wanita dicukur botak kerana mencuri|Video yang tersebar kononnya menunjukkan dua wanita berbangsa India dicukur kepala kerana mencuri di kedai peniaga Melayu sebenarnya berlaku Maracaibo,Venezuela dan bukannya di Malaysia.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata, PDRM mengesan sebaran video yang menunjukkan dua wanita dicukur kepala oleh sekumpulan lelaki.
Katanya, turut disertakan mesej bersama video berkenaan yang mendakwa dua wanita bangsa India itu diperlakukan sedemikian selepas ditangkap mencuri di kedai milik peniaga Melayu.
“Ekoran daripada itu, terkesan pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi lain.
“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku di Maracaibo, Venezuela sekitar 2016 dan bukan di negara ini seperti yang difitnahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, PDRM ingin menasihati masyarakat agar bijak menilai setiap berita yang dikongsi di media sosial dan tidak menjadi mangsa kepada niat serong pihak-pihak tertentu.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment