Ceritanya di sini saya nak share tentang hidup saya yang tragis disebabkan sikap panas baran saya sendiri sebagai seorang perempuan dan isteri, saya juga ada EGO yang sangat2 tinggi mengalahkan perempuan lain.
Tapi disebabkan saya perempuan maka saya rasakan saya semuanya betul, ceritanya saya sudah 3 tahun berkahwin dgn seorang lelaki yg muda 7 tahun dari saya, saya bekerjaya di sektor kerajaan pangkat yang tinggi, manakala suami pula hanya ada SPM, suami bergaji rendah dan jawatan pun kontrak je, gaji pun tak tentu.
Saya dari selatan dan suami dari pantai timur, hubungan kami memang ok, saya panas baran dan suami pun baran, cuma kelebihan suami saya ini, dia cepat belajar mengawal semua tu, dia tahu masa bila nak marah dan marah tengok pada situasi yang betul, masa awal perkahwinan memang tak dapat kawal lg, lama kelamaan dia dpt control semua tu dgn baik.
'Memang Aku Isteri Derhaka'
Saya pulak selalu sindir2 dia kata ego lelaki tinggi, sedangkan ego saya sendiri memang lg tinggi, pangkat tinggi, gaji tinggi, suami kerja di sektor swasta, dia bergaji rendah tapi dia tak pernah sesekali lupakan tanggungjwb dia memberikan nafkah pada saya, belikan barang dapur.
Cuma saya pernah bergaduh dgn dia dan mengungkit mcm2 yg saya korbankan, bayangkan lah saya marah dia bila semua benda tu tak kena pada mata dan fikiran waras saya, saya terlalu ikutkan emosi, saya tahu perempuan bila period atau ada hari nya memang akan moody lain mcm.
Suami saya ringan tulang bantu buat kerja rumah seperti cuci pinggan mangkuk, kemas ruangan dapur, sapu rumah dan buang sampah, dia selalu tolong ironkan pakaian saya, ye mmg itu tugas suami kalau menurut Islam, yang menjadi masalhnya sikap panas baran dan emosi saya.
Banyak kali saya bergaduh disebabkan hal yang kecil, saya banyak memarahi suami saya, hingga tak beri peluang utk dia jelaskan apa2, pernah 5,6 kali kami bergaduh besar, dia marah saya dan saya melawan, hinggalah dia menangis dan minta maaf, dia cakap dia tak suka saya marah2, dia tak suka tengok muka saya marah dengan suara yang tinggi pada dia.
Sampai saya sendiri ngaku pada dia ''memang aku isteri derhaka'' pada dia, derhaka sebab tinggikan suara pada dia dan selalu mencari kesalahan dia, saya selalu rasa saya betul, dan saya langsung tak pernah minta maaf pada dia walau sekali pun selepas gaduh, sebaliknya dia yang minta maaf menangis2.
'Selalu Bergaduh Pasal Duit'
Dia kata biarlah kawan2 dia ckp dia suami takut bini pun, yg penting dia hormatkan saya sbb tu dia mengalah, saya memang teruk bila marah, tinggikan suara, tarik muka pada suami, tak pelawa suami makan waktu tengah marah, ya Allah, saya sedih bila teringatkan balik sikap melampau saya ini.
Saya banyak terpengaruh dengan ayat2 di FB yang mengatakan hak isteri, tanpa saya sedar hak isteri boleh dibangkitkan utk suami yg tidak ada tanggungjawab, saya selalu share post2 di FB berkenaan dgn hati seorang perempuan, tanggungjwb seorang suami, tanpa saya sedar pun sebenarnya suami dah jalankan tugas dia dgn baik.
Perempuan di luar sana, jgn salahkan lelaki bila mereka di rampas perempuan lain yg lebih lembut dan tidak biadap mcm saya, tapi salahkan diri sendiri, gaji suami memang rendah, kami selalu bergaduh pasal tu.
'Suami Ada Ketumbuhan Dalam Otak'
saya selalu perasan waktu tidur, saya terjaga nampak dia solat, kadang2 saya dlm keadaan mamai pun masih perasan suami disebelah tak tidur, dia tenung saya, dia cium dahi saya, kdang2 tu basah bantal dia dgn airmata, dia pernah mengaku dia tak boleh selalu dipersalahkan oleh saya dalam mcm2 perkara, datang ambil saya lepas habis kerja pun saya marah dia mengamuk sedangkan dia sakit.
Tak tahu kenapa sikap saya melampau, saya banyak derhaka pada suami sendiri, saya rasakan saya saja yg betul dalam segala hal, kami tidak ada anak selepas setahun kahwin, biasa lelaki akan jadikan isu untuk menyalahkan isteri tapi lain pula cerita pada saya, saya yang selalu menyalahkan dia cakap dia tak berusaha utk dapatkan anak, sedangkan dia berkali2 cakap 'INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI'.
Serious memang dia lain sangat dgn lelaki lain tapi rasa bersyukur tu tak pernah ada dalam diri, ego saya tetap tinggi, tah lah, 1 hari tu suami saya jatuh sakit, kepala sakit, darah keluar kat hidung, bila check2 je ade ketumbuhan di otak, stage yg kritikal, dalam kisah lain, lelaki baik yg ada wife mcm saya ni akan dirampas perempuan lain tapi kisah saya, dia di jemput ALLAH selepas 3 tahun kami berkahwin.
Barulah saya sedar, ALLAH nak suami saya yg baik tu, mungkin ALLAH tak nak suami saya terus sakit bila dengan saya, mcm2 sakit, dia banyak terasa hati, mental, saya dah buat dia menderita dengan sikap saya yang tak boleh di tegur baik, yang tak boleh di nasihat, yang asyik mencari kesalahan dia.
Betapa teruknya saya dan betapa rendahnya iman saya walaupun berpangkat tinggi, tak makan dek nasihat dan teguran sebab saya betul semuanya dan dia salah, bila ALLAH dah ambil dia dari saya, barulah saya tersedar semua, selama ini ada orang datang jemput saya balik dari kerja, lambat mana pun dia usaha untuk sampai ambil saya.
Selama ini ada orang yang tolong kemaskan rumah, tolong cuci pinggan mangkuk, tolong ironkan pakaian saya, tolong saya masak di rumah, tolong basuhkan pakaian kadang2, gaji dia rendah tapi dia kuat usaha walaupun tak cukup nak mewahkan saya dgn gaji dia,
'Saya Menyesal Layan Suami Dengan Teruk'
Walaupun saya banyak ungkit bagi dia duit belanja minyak moto dan kereta nak pergi kerja, dia juga rajin kemaskan cadar katil dan selimut, arwah suami saya baru 3 bulan dapat tawaran jawatan tetap di sebuah syarikat GLC dgn gaji yang tinggi berdasarkan pengalaman kerja dia, tapi ALLAH dah ambil dia dari saya dan dalam masa yang sama juga, saya di sahkan mengandung anak pertama kami.
ALLAHURABBI, saya bukan sengaja menceritakan keburukan diri saya sendiri tapi cerita saya ini untuk peringatan pada semua isteri dan bakal2 isteri yang membaca kisah ini, selain tu, suami diluar sana juga jgn pernah lepaskan tanggungjwb sebagai suami, cuma isteri jgn melampau mcm saya bila dpt suami yang baik, bila dia dah tak ada baru saya sedar semua kesilapan dan kejahilan saya.
Barulah saya menyesal yg tiada guna, saya sedar saya insan yg tidak pernah kenal erti bersyukur dikurniakan seorang lelaki yang baik..paling sedih saya tak sempat nak minta maaf pada dia sepanjang perkahwinan kami, walaupun tiap kali bergaduh dia selalu cakap dia sentiasa maafkan saya dan mohon maaf pada saya, sekarang kandungan saya dah berusia 28 minggu.
Inilah hadiah terakhir arwah untuk saya, saya bertaubat, saya akan jaga anak abiy ini dengan penuh kasih syg, maafkan sayang.
0 comments:
Post a Comment