Pembantu warden madrasah tahfiz dibebaskan




Pembantu warden madrasah tahfiz yang didakwa mendera pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah sebanyak RM20,000 pada Rabu lapor thestar
Suspek yang berbaju lokap oren dan digari, tiba di Mahkamah Sesyen pada kira-kira pukul 12. 15 tengah hari, diiringi anggota polis.
Hakim, Salawati Djambari membenarkan perintah itu dikeluarkan bagi membebaskan suspek berusia 29 tahun dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan.
Suspek dilihat berdoa dan bersujud sebaik sahaja keluar dari bilik berkenaan.
Dia ditahan pada 22 April lalu berhubung siasatan terhadap dakwaan mendera Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di bawah Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.
Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.
Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.
Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.
Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar madrasah tahfiz swasta di Kota Tinggi itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment