TIBERIAS. Sebuah tasik yang terletak di wilayah Palestin dan Syria. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah dikuasai oleh Israel. Tasik ini mewakili fenomena alam yang menandakan kemunculan Dajjal.
Kedatangan makhluk bernama Dajjal itu ditandai dengan mengecut Tasik Tiberias. Sungai yang disebut juga dengan sungai Galilee ini kini digunakan oleh penduduk Israel untuk pertanian, perkebunan, air minum dan sanitasi.
Ironisnya, sungai ini debitnya sekarang kian menyusut. Hal ini disebabkan rendahnya curah hujan di kawasan tersebut, serta populasi warga Israel yang justru mengalami peningkatan. Hal ini tentu bukan menjadi bencana bagi warga Israel saja. Namun juga umat Islam, pasalnya dengan keringnya Tasik Tiberias, menjadi tanda bahawa sosok yang tidak diingini akan segera muncul.
Hadis Riwayat Imam Muslim dari Fatimah binti Qais bahawa beliau radhiallahu 'anhu berkata bahawa seorang yang bernama Tamim ad-Dari mendatangi Nabi menceritakan tentang pertemuannya dengan Dajjal. Tamim belayar selama 30 hari dan terdampar di sebuah pulau di arah timur matahari.
Di Pulau tersebut Tamim bertemu dengan sosok yang bernama Dajjal dan mempersoalkan perihal tasik Tiberias.
"Beritakan kepadaku tentang tasik Tiberias! 'Kami pun berkata,' Mengenai apanya yang ingin engkau tahu? 'Dia berkata, Adakah di sana ada airnya?' Kami menjawab, 'Tasik itu banyak airnya,' Dia berkata, 'Ketahuilah airnya tak lama lagi akan habis. "(Hadith Riwayat Imam Muslim).
sumber islampos.com
0 comments:
Post a Comment