Kaum adam, khususnya ‘suami’ adalah individu penting dalam
sesebuah keluarga. Mereka diibaratkan seperti nakhoda yang mengemudi kapal di
lautan serta bertanggungjawab terhadap keselamatan kesemua anak kapal yang
berada di bawah seliaannya.
Sudah tentu, sebelum pelayaran dimulakan segala persiapan harus
dilakukan dengan terperinci. Keadaan kapal yang bakal memuatkan anak kapal
haruslah diperiksa.
Faktor cuaca, suhu sekeliling, tiupan angin, keadaan laut ketika
itu juga perlu diteliti bagi memastikan perjalanan bagi mengemudi kapal
tersebut tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Peri penting dan besarnya tugas yang digalas oleh nakhoda kapal
bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Begitu juga peranan serta
tanggungjawab para suami dalam mengemudi bahtera keluarganya.
Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan para suami
tentang beberapa perkara. Antaranya seperti berikut;
#1 – Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman
Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa
perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan,
terutama daripada pihak suami.
Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang
‘terbenci’ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya.
Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah
R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia
membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang
menyenangkannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Walaupun ada satu sikap isteri yang kurang disenangi oleh para suami, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.

#2 – Menghormati Kaum Wanita
Muawiyah R.A berkata;
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri
terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan,
memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan
tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.”
Hadis Riwayat Abu Daud
Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri.

Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani
para isterinya dengan cara yang cukup mulia.
#3 – Memaklumkan Kepulangan Kepada Isteri Di Rumah
Anas r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Janganlah kalian mengetuk pintu isterimu di malam hari.”
Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W menegaskan larangan tersebut supaya para isteri yang ditinggalkan itu dapat membuat persiapan dengan merapikan dirinya bagi menyambut kepulangan suami masing-masing.

Ada benarnya gesaan seperti ini kerana apabila para isteri tidak
dimaklumkan tentang kepulangan suami lebih awal, dibimbangi isteri yang berada
di rumah dalam keadaan yang kurang menyenangkan seperti baju berbau busuk,
tidak mandi lagi, rumah berselerakan, makanan tidak dimasak dan sebagainya.
Lalu, apabila situasi tersebut berlaku sejurus suami pulang ke
rumah, sudah pasti akan mematikan ‘mood’ si suami yang letih dan mahu
berisitirehat di rumah. Bahkan, lebih parah apabila keadaan ini akan
menimbulkan pula kebencian di hati suami terhadap isteri yang sudah pasti akan
memberi kesan terhadap institusi keluarga yang dibina.
#4 -Memberi Nafkah Kepada Keluarga
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap
keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu
masukkan ke dalam mulut isterimu.”
Hadis Riwayat Bukhari
Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.

#5 – Menjaga Rahsia Suami Isteri
Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah S.A.W
bersabda;
“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah S.W.T
pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya
mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.”
Hadis Riwayat Muslim
Menerusi hadis ini dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan sebaran rahsia tersebut adalah hal yang berlaku antara suami isteri di tempat tidur. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.

Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada
perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal
hubungan kelamin kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya.
#6 – Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat
Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan
bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi
orang yang bertakwa.”
Surah Taha : 132
Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar.

Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika
solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan
keluarga itu sendiri.
#7 – Tidak Meninggalkan Isteri Terlalu Lama
Aisyah R.A meriwayatkan;
“Apabila Rasulullah S.A.W hendak melakukan perjalanan, Baginda
akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang
akan menemani Baginda S.A.W dalam perjalanan.”
Hadis Riwayat Tirmizi
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.

Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama
dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah
perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan
mudah berlaku.
#8 – Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam
Rumah
Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada
anjing dan gambar (patung atau lukisan.”
Muttafaqun Alaih
Bagi mewujudkan rumahtangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing.

Gantikanlah hal tersebut dengan perkara yang lebih berfaedah
untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.
Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi panduan kepada
umat Islam terutamanya para suami yang mengemudi bahtera rumahtangga
masing-masing.
Galakan serta saranan Baginda S.A.W ini tidak lain adalah bagi
memandu kehidupan manusia agar tidak tersasar dari jalan-Nya. Moga bermanfaat
untuk semua. Wallahua’lam.
0 comments:
Post a Comment