Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat
Firaun Pada pertengahan tahun 1975. Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir
bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II
yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang
akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran
itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di
sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah
apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika
mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di
ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus
membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin
oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan
di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am
dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu
kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh
tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja
Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti
terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya
segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad
itu kekal awet. Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar
kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan
baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah
pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah
penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan
Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN. Namun
seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini
sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya
umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan
mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras
oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar
sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan
tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan
kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan. Beliau semakin
tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana
mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada
di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di
hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan
tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba
menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah
ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,”
bicara hatinya sendirian. Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya
hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa
tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab
Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:
“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun,
menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala
tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi
anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah
laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana
tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat
Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan
kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para
ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani
Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di
belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat
al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan
manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar
ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui
kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan
keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar
beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke
Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah
diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the
Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern
Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr.
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan
fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam
umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil
terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun
kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya
diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat
bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa
tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
SUMBER:fb
0 comments:
Post a Comment