Jangan tidur selepas solat Subuh. Ini alasannya. | Pasti ramai
antara kita yang sambung tidur selepas menunaikan solat subuh. Tapi, selepas
membaca penjelasan ini, anda pasti tidak akan tidur lagi selepas solat subuh.
1. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Barang siapa yang mengerjakan
solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga”(HR.Bukhari 574 &
Muslim 635)
2. “..Barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah ia
telah solat seluruh malamnya” (HR.Muslim no.656)
3. Menurut HR.Muslim, setelah solat subuh biasanya Rasul
memperpanjang wirid & zikir sampai terbit matahari.
4. Kebiasaan Rasul juga mendoakan keberkahan bagi umatnya
diwaktu pagi. Sebagaimana terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Abu Daud dan
lainnya dari hadis Sakhr bin Wada’ah al Ghamidi radliyallahu ‘anhu, bahwasannya
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Ya Allah berikanlah berkah
kepada umatku di pagi hari mereka”. Ini adalah doa yang agung yang Rasulullah
panjatkan agar umatnya memberi perhatian yang besar kepada waktu pagi.
5. Diceritakan bahwa para sahabat juga membenci tidur setelah
subuh & melarang anak-anak mereka melakukan itu.
Dari ‘Urwahin bin Zubair, beliau mengatakan, “Dulu Zubair
melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi”
Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu
tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”.
[Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah no 25442 dengan sanad yang sahih].
0 comments:
Post a Comment