KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang
tertentu bukanlah cerita yang pelik meskipun di zaman moden ini.
Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembunuh dengan meminta
pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia lain
menggunakan cara halus begini.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau
pula, tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama
pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nafsu.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan
pengalamannya disantau. 1996 Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai
kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit,
badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah
membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari
terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu
lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan
berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan
muka”.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia
nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan
makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau
dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya Tuhan
sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu
pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing
dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit
sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang
menginsafkan 1996/97
1997 Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja
dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping
amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke
Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa
jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca
beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok
seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir
saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur..
Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7
perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya
terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi saya mandi pada
sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak
nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak
saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998 Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu
Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka,
orang kaya, orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata
“maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm
hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami
akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang
beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam
dihati, Alhamdulillah.
2001 Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat
saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya
perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya
buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada
kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang
mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling
teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling
saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz
dan pengamal perubatan tradisional datang membantu.. saya ucapkan terima kasih
kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan
yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat
dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini..
Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya
ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah
mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat
berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih
mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan
diri anta sendiri..”
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur,
takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya
temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui bangkai
anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian
ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana kawan
masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan
sahabat yang tolong saya.
0 comments:
Post a Comment