1. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘ajwah dan jika boleh makan
bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar’ajwah, dia tidak
akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari
itu”.
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang
muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
meraka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sucikanlah jasad-jasad ini
mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun
dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda
bersamanya”
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik
untuk mengucapkan doa:
“Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
dalam keadaan bersuci”
(Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap
solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah
bersabda maksudnya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan” Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah,
sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila
syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah
seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan
syaitan tersebut.
5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan,
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata: Ertinya:
“Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung
denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”
(Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan
dan betina
6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum
memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: “Ya Allah, aku
memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku
berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke
atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari
segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan
tipu daya:
(Hadis Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
7. Amalakan membaca ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan
petang dan sebelum tidur.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak tidur, bacalah
ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu,
dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari 2311)
8. Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang.
Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ;
“Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca; ‘ Bismillahillazi
layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim’ (maksudnya
: Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik
di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa
tidak ada sesuatu yang membahayakannya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}
Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW
bersabda, “Barangsiapa menjelang petang membaca , ‘A’uzubikalimatilla
hittaamaati min syarrimaahalaq’ (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah
yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan
baginya racun yang ada pada malam itu.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab
sahihnya)
{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}
9. Amalkan zikir-zikir di dalam kitab zikir al-Matsurat di
dalamnya mengandungi doa-doa untuk di jauhi daripada sihir dan gangguan jin
kafir dan syaitan.
0 comments:
Post a Comment