Cara Mengesan Kehadiran Malaikat Disekeliling Kita Menurut Hadis Rasulullah SAW


“Jika anda mendengar kokokan ayam… mohonlah kpd Allah SWT atas kurniaNya kerana ketika itu… ayam itu sdg melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kpd Allah SWT… kerana ketika itu keldai itu sdg melihat syaitan” – HR Bukhari.

Dan…ada satu lagi yg disebut oleh Abu Daud…
“Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kpd Allah SWT kerana mereka nampak apa yg manusia tdk nampak“.
Perkara ini adalah tdk mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah SWT utk memperlihatkan kekuasaan dan kebesaranNya… didlm alam ini tdk semua yg boleh nampak dgn mata kasar manusia.
Ada 3 ekor haiwan yg disebut oleh hadis tersebut iaitu yg pertama ayam dan keldai… manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing… kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah SAW dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA drpd Allah SWT…
Nabi menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari… pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit… pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pd waktu itu utk mengaminkan DOA kita.
Dlm sebuah hadis riwayat muslim…dari Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama“. Lalu Allah berfirman: “Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar“.
Dlm hadis lain juga… “Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama” – HR Muslim.
Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga mlm itu adalah saatnya malaikat berada dibumi…namun bukan bermaksud pd waktu lain malaikat tdk ada dibumi…
Dlm hadis lain juga ada disebutkan…”Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama2 kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka“.
“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling2 di jalan2 dan mencari2 majlis zikir” – HR Bukhari.
Jadi manfaatkanlah , jangan buat pekak saja , buat dono , membiar kesempatan ini berlalu . Ia satu kesempatan dan peluang , jika kita ke tanah suci , berebut ke multazam hanya untuk berdoa kerana dikatakan tempat yang mustajab , mengapa peluang yang Allah datangkan ditempat tidur kita , tak perlu bersesak,tak perlu habis beribu ringgit , tidak kita rebut ?
Maha Besar dan Maha Pengasih , Allah yang mendatangkan peluang dan kesempatan untuk berdoa diketika yang mustajab walaupun mereka tiada peluang ke tanah suci kerana ketidakmampuan.
Jangan pula dicela ayam yang berkokok kerana itu menyganggah hadis, menyanggah rahmat Allah . Setiap yang memberi kebaikann, tidak boleh dicela .
Dalam hadis dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
Janganlah mencela ayam jantan, karena dia membangunkan (orang) untuk solat. (HR. Ahmad 21679, Abu Daud 5101, Ibn Hibban 5731 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).
Ini satu lagi hadis yang menerang manfaat kokokan ayam , langsung memuji ayam yang berkokok , lazimnya ayam jantan . Jangan celupar mulut dengan fikiran ayam jantan berkokok kerana mengurat betina , atau mengistihar kawasan miliknya , kerana dibimbangi kita bercanggah dengan sabda Nabi .
Mungkin lebih baik bagi mereka yang tinggal di kampung atau yang ada ruang untuk membela ayam sepasang dua , membela ayam untuk boleh terlaksana suruhan nabi ini , boleh terbuka kesempatan berdoa ketika malaikat ada bersama disekitar rumah kita , moga diaminkan juga oleh mereka .
Jangan pandang remeh kerana patuh pada saranan nabi , mengamal walau pada satu sunnahnya,mungkin menjadi bukti kasihnya kita kepada Rasulullah . Jika kita bela ayam jangan sekadar berniat simpan ayam jantan untuk dapat benih,niatlah untuk mendengar kokokannya untuk kita mengetahui masa dan kesempatan yang baik utk berdoa.
Dikampung,bila hampir Subuh, kokokan ayam bersahut-sahutan, bahkan terkadang didini hari ada yg berkokok sayup-sayup kedengaran, tentulah mereka melihat malaikat. Siapa yg mendengarnya ia sebenarnya bertuah,siapa yang terjaga ia sebenarnya dikejutkan untuk satu kesempatan yang baik untuk berdoa.
Dikeliling kita ada kesempatan berdoa , jangan dok bergantung pada petua ustaz , petua orang berubat, baca itu ini yang tiada pun sandaran pada hadis dan perbuatan nabi , bukan kerana baca sesuatu ayat kita dapat sesuatu , tetapi doa yang makbul itulah yang menyebab kita memperoleh yang kita ingini .
Wallahua’lam.
by Abd Ghani Haron
Share tanpa perlu mohon izin.
Sumber: Saridahsenin.blogspot.my, Saidila.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment