Soalan: Pohon penjelasan mengenai
mandi telanjang.
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
Aurat lelaki bila apabila berada berseorangan adalah qubul dan
duburnya. Manakala wanita aurat mereka ketika berseorangan adalah antara pusat
dan lutut. Walaupun dalam keadaan berseorangan, seseorang itu tidak boleh
bertelanjang atau membuka auratnya tanpa ada sebarang keperluan atau hajat.
Termaktub dalam Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (24/176):
“Seperti mana wajib untuk menutup aurat daripada pandangan
manusia, maka wajib juga menutup aurat ke atas seseorang yang bersendirian,
yakni ketika berada di tempat yang sunyi daripada pandangan manusia.
Para ulama yang berpendapat dengan hukum wajib ini adalah ulama
mazhab Hanafi mengikut pendapat yang sahih, ulama Syafiiyyah dan Hanabilah.
Manakala berkata ulama mazhab Maliki:
“Sunat hukumnya menutup aurat sendiri ketika bersunyian, menutup
ini adalah dituntut sebagai sikap malu kepada Allah Taala dan para
malaikat-Nya.” Mereka yang berpendapat wajib pula berkata: “Sesungguhnya diwajibkan
menutup aurat (walaupun ketika bersendirian) itu berdasarkan arahan untuk
menutup aurat itu bersifat mutlak, dan juga kerana Allah Taala itu lebih layak
seseorang itu malu terhadap-Nya, seperti hadis Bahz bin Hakim daripada ayahnya,
daripada atuknya, berkata: Aku bertanya:
“Wahai Utusan Allah! Aurat kami ini siapa yang boleh lihat dan
siapa yang perlu kami awasi?” Sabda Rasulullah SAW: “Peliharalah aurat kamu,
melainkan daripada isterimu atau hamba sahayamu.” Sahabat itu bertanya lagi:
“Jika lelaki ketika bersama dengan lelaki?”
Baginda menjawab: “Jika engkau mampu agar tidak dilihat aurat
oleh seorang pun, maka hendaklah engkau lakukan.” Sahabat itu bertanya lagi:
“Jika seorang lelaki itu bersendirian?” Sabda baginda: “Maka Allah lebih berhak
untuk seseorang itu malu terhadap-Nya.” Justeru menutup aurat ketika
bersendirian itu adalah dituntut melainkan jika terdapat hajat, seperti mandi,
menyejukkan badan dan seumpamanya.
NABI MUSA AS MANDI DALAM KEADAAN TIDAK BERPAKAIAN DI TEMPAT YANG
JAUH DARIPADA ORANG RAMAI.
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya, “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling
melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa alayhissalam mandi seorang diri.
Orang-orang Bani Israel berkata :
’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita
kecuali kerana dia mengidap penyaki aadar.’ Suatu ketika Nabi Musa pergi mandi,
baginda meletakkan pakaiannya di atas batu, lalu batu itu membawa lari
pakaiannya. Maka Musa pun mengejarnya (batu itu), seraya berkata :
‘Hai batu, pakaianku!’. Akhirnya, orang-orang Bani Israel pun
melihat Musa. Lalu mereka berkata : ‘Demi Allah, ternyata Musa tidak mengidap
penyakit apa pun.’ Musa berjaya mengambil pakaiannya, lalu memukul batu
tersebut dengan satu pukulan. Abu Hurairah berkata : “Demi Allah, bekas
(pukulan) Nabi Musa pada batu itu sama dengan pukulan enam atau tujuh batu”. HR
al-Bukhari
Ibn al-Batthal mengatakan dalam syarah Sahih al-Bukhari jilid 1
halaman 392:
“ Adapun mandian yang dilakukan
Bani Israel dalam keadaan telanjang dengan melihat di antara satu dengan yang
lain, maka ia menunjukkan mereka menderhakai Musa pada perkara tersebut, tidak
mengikut sunnahnya kerana baginda mandi sekira-kira tiada orang yang melihat
kepada baginda dan mencari kawasan yang tiada orang. Padahal wajib mereka
mengikutnya pada perbuatan tersebut.
Walaupun perbuatan mereka mandi
telanjang ketika berseorangan di bawah pengetahuan Musa dan dia memperakuinya.
Namun tidak wajib kita mengikutinya kerana dalam syariat kita hendaklah menutup
aurat daripada ditonjolkan aurat pada mata-mata manusia. Ia adalah fardhu ke
atas kita. Manakala menutupnya (aurat) dalam keadaan berseorangan adalah baik
bukan wajib”.
NABI AYUB AS MANDI TANPA SEURAT BENANG.
Sabda Nabi SAW:
Mafhumnya, “Sewaktu Nabi Ayyub
alayhissalam mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya
seekor belalang emas. Ayyub pun segera hendak mengambil kainnya, maka baginda
pun dipanggil oleh Tuhannya, “Wahai Ayyub, bukankah engkau telah cukup kaya
hingga tidak memerlukan lagi barang (belalang emas) yang kau lihat itu?” Ujur
Ayyab, “Benar wahai Tuhanku, tetapi aku tidak boleh mengabaikan keberkatan
pemberianMu.” HR al-Bukhari
Ibn al-Muhallab berkata :
“ Dalam hadith Musa dan Ayub
adalah dalil keharusan bertelanjang ketika berseorangan untuk tujuan mandi dan
sebagainya , sekira-kira tenteram daripada mata-mata manusia kerana Ayub dan
Musa adalah antara manusia yang diperintahkan kita agar mengikut petunjuk
mereka” lihat Syarah Sahih al-Bukhari karangan ibn al-Batthal.
Dalil keharusan di atas adalah
berdasarkan syarak umat sebelum kita (بشرع من قبلنا).
Ibn Hajar mengatakan :
“Kesimpulannya, hukum sesiapa
yang mandi tanpa sebenang urat (telanjang) sekiranya dia berada di tempat yang
tersembunyi dan tidak dilihat oleh sesiapapun yang diharamkan ke atasnya
melihat aurat orang tersebut, maka halal baginya untuk melakukannya.
Tetapi yang afdhal adalah
menutup auratnya kerana segan atau malu dengan Allah taala. Jika dia mandi
sekira-kira dapat dilihat oleh seseorang maka haram orang tersebut melihat
auratnya dan wajib ke atasnya menutup auratnya daripada orang tersebut secara
ijmak sebagaimana diriwayatkan”. Lihat dalam Mirqaat al-Mafatih Syarah li
Misykaat al-Masabiih, jilid 2 halaman 368.
Imam al-Nawawi dalm kitabnya
al-Majmu`, jilid 2 halaman 197:
“ Inilah mazhab kita (harus
mandi telanjang). Dan Qadhi ^Iyadh menukilkan daripada mejoriti ulama tentang
keharusan mandi dalam keadaan telanjang ketika berseorangan”.
Antara adab yang perlu dijaga
oleh seorang yang ingin mandi tanpa sebenang urat pun adalah sebagaimana
disarankan oleh sebahagian fuqaha:
“ Sesiapa yang mandi tanpa
sebarang pakaian (telanjang) disunatkan ketika menanggalkan pakaian mengucapkan
“ Dengan nama Allah, tiada yang berhak disembah melainkannya” kerana ia mampu
menutup seseorang daripada terkena panahan mata-mata jin”. Perkara ini disebut
oleh al-Dimyathi dalam kitabnya I`anah al-Talibin, jilid 1 halaman 97.
Kesimpulan
Berdasarkan keterengan di atas jelaslah bahawa membuka aurat dalam
keadaan berseorangan adalah :
Haram : jika tiada keperluan atau hajat tertentu.
Harus : jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (mengilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian.
والله أعلم وأحكم
Harus : jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (mengilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian.
والله أعلم وأحكم
Sudah Baca, Klik Like Dan
share..
0 comments:
Post a Comment