Doa Hari Jumaat Untuk Semua. Sudahkah anda lakukan amalan yang
baik pada hari Jumaat ini? Sudahkah anda bersedekah? Dah telefon ibu bapa anda
bertanyakan khabar? Sudah mendoakan orang-orang tersayang? Jika anda melakukan
amalan baik-baik pada hari ini, maka teruskan ia pada hari lain-lain juga.
Semoga hari anda diberkati selalu..
Mengapa kita
kena berbuat baik dan meningkatkan amal kebaikan pada hari Jumaat? Ini adalah
kerana hari jumaat adalah hari khas untuk umat islam di atas muka bumi ini.
Antara amalan sunnat dilakukan pada hari jumaat adalah:
1-memotong
kuku
2-membaca surah al Kahfi
3-membaca selawat ke atas Nabi
4-membaca yasin
5-mandi sunat jumaat
6-solat Jumaat
7-perbanyak bersedekah
-banyakkan berdoa dengan bersungguh-sungguh, terutamanya antara 2 khutbah jumaat
2-membaca surah al Kahfi
3-membaca selawat ke atas Nabi
4-membaca yasin
5-mandi sunat jumaat
6-solat Jumaat
7-perbanyak bersedekah
-banyakkan berdoa dengan bersungguh-sungguh, terutamanya antara 2 khutbah jumaat
Doa Hari
Jumaat
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ
إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ya
Tuhan kami,
Di hari
Juma’at yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan , taufik
dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah
ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
يَا اَلله ُ
يَا رَزَّاقُ
Kami memohon
kepada Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi
manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia
yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan,
hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
{رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ}
وَصَلَّى
الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Alhamdulillah.
Jangan
berhenti berdoa. Jika anda seorang ibu atau ayah, doakan kebaikan untuk
anak-anak anda. Seterusnya, jika anda seorang anak, doakan pula ibu bapa anda.
Doa yang berterusan dan ikhlas, adalah senjata orang mukmin.
Insyaa
Allah..
0 comments:
Post a Comment